Thursday, 28 March 2013

hah tu dia da mai .. kawan-kawan jom kita derma darah ye???
haha tak semestinya kita datang menderma tu akan derma darah ok 
yang pentin niat kita datang nak derma. kalau nurse kata ok kita bole derma 
maka derma la. so jom la datang tak rugi apa-ape pun... 

Tuesday, 26 March 2013

babak 4

babak 4

suasana petang yang indah ( orang sedang berbasikal ) kelihatan tasik usang dengan lalang yang panjang.
Haris berjalan dengan laju sambil memegang nescafe kesukaannya.
 secara tidak sengaja dia terlanggar seorang gadis.
      Rupa-rupanya Aleysha gadis yang berebut dengannya necafe tempoh hari
tiba-tiba Aleysha memanggilnya "la ko lagi mamat nescafe malangnya nasib aku jumpa ko"
      Haris kebinggungan...
"siapa minah ni nape dia panggil aku mamat nescafe kenal pun tidak" bercakap dalam hati

lalu Haris mula berbicara " maaf-maaf tak sengaja la awak sorry-sorry" kepala nya tunduk kebumi malu seribu

Aleysha diam membisu seribu kata... terlintas di fikirannya barang kali pelanduk dua serupa hurm

keadaan diam seketika
hanya ada mereka berdua bertemankan tasik usang dengan lalang yang panjang
ibarat cinta photogenik
gambaran yang memberi 1001 makna adakah disini mulanya cinta mahupun suka
yang ada cuma mereka... kedengaran lagu cinta berkumandangan

seperti mereka di lamun cinta...

betul kata mereka cinta ini boleh datang dengan bermacam macam cara
maka tidak perlulah kita mencari cinta, cinta itu hanya falasafah indah
dari sebuah hubungan yang sah, (itu semua propaganda)

babak 5 (bersambung)





















ok sekarang saya baru belajar guna adobe tengok la gambar di atas simple jur haha :) 
so korang da tahu yang aku nie sebenarnya budak baru belajar lagi haha :) 

Monday, 25 March 2013

barcode minda

barcode minda 

minda tepu tanpa ada benda yang 
dapat difahami 
ia seolah olah berkata
argh cukup sudah ini semua
permainan orang dewasa yang licik 
belaka

mereka beria berkata kepada 
kita 
buatlah kebaikan wahai anak muda
sedangkn mereka masih ditakuk
kebencian  
pandangan sinis mereka umpama 
garis-garis barcode minda
yang hanya pandai menunjuk sahaja

permainan mereka
apa yang disebalik barcode minda
itu hanya mereka sahaja yang tahu 
mereka itu pendusta sahaja 

nescafe cinta

babak 1
tick-tick kedengaran bunyi duit syiling dimasukkan kedalam mesin air. lalu kelihatan satu jari menekan butang   
bertulis "nescafe" kedengang!!!! maka jatuh la air tin berkenaan. lalu tangan itu dengan perlahan-lahan mencapai nescafe. 

babak 2
maka dia pun mula berjalan sambil memegang nescafe berkenaan. berselisih la dia dengan seorang gadis  
(camera diblurkan pada muka gadis berkenaan) lelaki itu masih mengendahkan semua benda. dia pun meneguk nescafe itu.

babak 3
binggit kedengaran di kafe itu. kelihatan slipper flipper memulakan langkahnya utk mencari tempat duduk.
tak lama selepas itu dia menghampiri tempat menjual minuman. seperti biasa nescafe di order olehnya

Haris; bang nescafe satu..
aleysha; macam biasa bang ( kedengaran suara lembut turut mengorder minuman )
abang cafe: erk dik nescafe tinggal satu sahaja la maaf ye

mata bertentang mata haris melihat terus tepat ke mata Aleysha

dengan laju tangan haris dan aleysha cuba untuk mencapai tin berkenaan.
lalu Aleysha berkata "ea kita punya la"
       Haris menjawab "takde pun nama ko kt sini, so nie aku punye"
Aleysha menyambung lagi "eee tak gentlemen la awak nie, come on la ladies first ok"
       dengan kasar Haris menjawab "peduli hape aku ladies ke tak"

masing-masing tak nk mengalah.

akhir nya air tin berkenaan tercampak ke udara dan di sambut oleh seorang mamat afrika

mamat afrika menjawab "thank man"
lalu meletakkan duit pada counter pembayaran


babak 4 (bersambung) 

terfaktab

photo taken from khairulantasha.blogspot.com 

masih buku ini ok takpe miod balik jb kita cari .. hahaha ayat da bombastik definisi cinta infiniti. mugkin boleh dapat idea untuk skrip teknologi video aku tak ?? maybe,,,  masih dalam progress lagi  (nescafe cinta) task untuk assignment aku sem nie harap2 berjaya dan di terima haha by the way lecturer aku adalah salah seorang yang jayakan cerita cinta gila. yg telah di tayangkan di tv3 dulu haha. produksi uniutama hah 

Tuesday, 19 March 2013

streotype thinking


kala malam mula tiba otak-otak ku berfikir makin dalam setiap benda yang aku baca di laman sosial akan aku persoalkan fakta mahupun autanya. Bukan untuk mengatakan diri ini betul atau apa tapi cuma inginkan kepastian. Bermulalah diariku sebagai seorang mahasiswa universiti di utara. Sebelum itu izinkan aku memperkenalkan diri yang tidak seberapa ini. Nama ??? (fakta atau auta). Bermula lah dari nama sampai lah kesemuanya saya ini seperti orang yang tidak mempunyai identiti diri yang sebenar. Orang yang tidak megenali aku sepenuhnya mesti akan terperdaya dengan identiti saya. Mereka akan berkata nama saya adalah suatu rekaan semata mata ataupun nama panggilan sahaja. Bertitik tolak dari situlah saya berfikir siapa saya pada dunia apa sumbangan saya pada negara mahupun keluarga. Bukan untuk ke famousan tapi untuk pengiktrafan. aku tidak mahu menjadi pemegang ijazah atas dasar pointer sahaja, tapi aku ingin menjadi seorang yang berguna. Saya lebih rela menjadi pesawah padi yang rata-ratanya penyumbang ekonomi Negara mahupun menjadi seorang usahawan kecil asalkan orang tahu apa saya buat untuk Negara.

 Itu serba sedikit tentang aku. Anda bagaimana?? anda pemegang ijazah dengan pointer 3.5 keatas tapi tetap kerja sebagai kakitangan kerajaan sahaja. Nampak tak permainan dia di situ ?? kaki tangan kerajaan ? bila anda hendak menjadi otak kerajaan mahupun jantung kerajaan. Cuba ada cari di Mr google lelaki yang memperkenalkan teori big bang adalah seorang yang cacat dan ramai lagi orang yang tidak mempunyai ijazah yang menjadi jantung kerajaan. Minda mereka adalah senjata pemikiran mereka adalah perisai. Jangan jadi kan sikap anda yang memandang kejahatan itu adalah kejahatan jangan pandang kesenangan itu adalah kebaikan semata-mata . tapi pandang lah semua, jika ada kejahatan pandang la juga sisi kebaikan. Siapa pernah menonton filem batman The dark night?? Dalam file ini memaparkan joker menguji sama ada penjenayah dan rakyat biasa siapa lebih kejam?? Jangan nilai orang yang jahat itu kejam, tapi sebenarnya kita lagi kejam sebab kitalah yang menyebabkan mereka menjadi kejam.
Saya juga seperti mana-mana jejaka yang berumur 20 tahun ada pasangan dan ingin bercinta mahupun mendirikan rumah tangga malahan ada perasaan untuk menimang cahaya mata. Kadang-kadang saya terfikir kahwin ?? apa itu kahwin?? Ikatan kasih yang bersulamkan cinta ataupun satu kesengsaraan bagi saya pabila mendengar perkataan ikatan. Mungkin aku akan diikat oleh tali ilusi yang membuat ku menurut sahaja kata-kata bakal isteri ku atau seperti terikatnya kontrak antara pengguna broadband. Itu dilemma saya sebagai seorang lelaki. Maka aku wujudkan kata-kata aku RACIST terhadap perempuan. Perempuan yang ku berikan definisi sebagai gedik dan tidak matang dari segi pemikiran manakala wanita pula aku kategorikan sebagai sebaliknya. Tapi bukan senang untuk tidak bergaul dengan golongan hawa ini sebab mereka terlalu ramai. Ramai sangat sehingga wajah pun lebih kurang sama. Terfikir di hati ku adakah mereka ini adalah klon? Mungkin tidak tapi pemikiran mereka lebih kurang sama. Maka aku pun dengan misi ku untuk mendalami kaum hawa ini. Mereka unik rapuh tapi tabah ibarat selipar jepun ku. Bukan nak kata apa la tapi di kalangan wanita aku nie agak ramai peminat r.(perasaan) ~~~~~~~~~ lalalala   

Monday, 11 March 2013

Sunday, 10 March 2013

pesta buku

pesta buku di uum :) nice book ade diskaun yg warga uum 2 mai la datang :)

Saturday, 9 March 2013

Friday, 8 March 2013

sukuum yeazzh DPP EON menang bagus la, memang DPP terbaik :) . terlibat dengan pasukan sorak namun  tidak bersorak banyak ambil gambar :) sahaja haha. Menang kontijen terbaik, pasukan sorak terbaik, dan banyak lagi haha . apa-apa pun DPP EON telah dapat  satu pingat emas kalau tk salah aku r haha :)

by the way :) tahniah pada semua warga DPP eon senior2 dan pengetua dan suku sakat nye haha :)
(TAMAT)

#myfavouritephoto makan bebola cahaya haha

senyuman terukir :)





sukuum lagi dan lagi :)




sukuum :)

semua lawa semua cantik satu jur kantoi photographer dia baru belajar :) 

Nie bukan bunga tapi tumbuhan liar :)


saya dan keluarga


ni la keluarga saya :) hi mom hi dad kha3