Monday, 6 May 2013

MUSNAHKAN IMPIAN

segalanya nampak tenang
dalam terangnya dunia
percintaan

berdiri sepi dia
mula bercerita apa
itu dunia

dunia yang nyata
mungkin hanya gurauan
orang dewasa semata-mata

sementara minda dan mata kecil
ini mula berkata
ARghh itu dusta tahap durjana
persetankan hidup kami remaja.

APA??
cinta ? manusia ? dunia
semuanya jadi permainan
yang penuh taktik
ibarat mengerakan butang joystick

kau pasti tersedar
impian kau telah di hancurkan
begitu lah keadaan sebenar
sebuah kehidupan

LIFE

saatnya ku membalas tulisan matang 
dari gadis berkenaan

dalam diam dia tersengih kerang 
merenung dalam apa yg aku 
bakal fikirkan 

fikiran kompleks ini 
masih merangka idea 
seperti mana kau lihat malam
yang bakal mengelapkan

macam tu la dunia yang bakal 
ku perlihatkan 
gelap meniti jalan-jalan yang 
penuh dgn lubang-lubang 

hanya yang benar-benar
tenang akan melihat terang
nya sebuah kehidupan

buka mata engkau wahai insan
gelap itu cuma pemikiran 
tak lebih dan tak kurang.

sampai di situ sahaja tulisan kehidupan ini 
sekian